Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Lindau Meeting - Perjumpaan Bersama Pemenang Nobel

|


1) Anugerah Nobel merupakan salah satu pengiktirafan tertinggi dunia bagi individu/kumpulan yang berjaya menemui sesuatu yang baharu dan bermakna kepada manusia sejagat.

2) Pada awalnya, anugerah ini diinspirasikan oleh Alfred Nobel, warga Sweeden yang mahir dalam bidang kimia, kejuruteraan juga perekacipa.


3) Beliau orang yang pertama menemui dynamite, atau bahan letupan dan menjadi kaya selepas itu. Beliau berwawasan jauh dan memandangkan tiada pewaris, kekayaan beliau diwasiatkan untuk tujuan pengembangan dan pengiktirafan kemajuan sains dan teknologi.

4) Anugerah yang dimulakan pada tahun 1901 sekarang ini merangkumi penerimaan anugerah dalam pelbagai bidang iaitu: kimia, fizik, perubatan, ekonomi, sastera dan keamanan.

5) Seingat saya, mantan perdana menteri Malaysia (Tun M) pernah dicalonkan untuk menerima Anugerah Nobel Keamanan (dan tidak berjaya: banyak faktor politik pada pandangan saya). Bagaimanapun, Obama menerimanya pada 2009-sungguh kontroversi.





6) Selain daripada itu, perjumpaan orang-orang hebat ini (Lindau Meeting) juga diadakan setiap tahun di Lindau, Jerman.

7) Malaysia, melalui Akademi Sains Malaysia juga akan menghantar wakilnya pada tahun ini.

8) Saya, juga memohon untuk menghadiri...tetapi, gagal.

9) Untuk menyedapkan hati, mungkin pemilihan dibuat cenderung kepada mereka yang berlatarbelakangkan bidang fizik (memandangkan tahun 2012 ia memfokus kepada bidang berkenaan).

10) Bagaimanapun, saya akan cuba lagi nasib untuk tahun depan.


Kejohanan Badminton UMP 2010

|



Bersama Teammate


1 ) Saya menyertai kejohanan badminton antara jabatan di UMP pada 30 Oktober 2010 berpasangan bersama Muhammad Husaini Sulaiman mewakili Fakulti Sains & Teknologi Industri (FIST).

2) Kami terkandas di peringkat separuh akhir lantas menduduki tangga ketiga (berkongsi dengan satu lagi team yang juga tewas di separuh akhir).

3) Daripada 25 team yang menyertai, kami tidak menduga akan sampai ke tahap ini dan hanya menjangkakan akan berpuas hati melepasi peringkat pertama (lama dah tak main dan 1st time kami satu team).

4) Beberapa faktor menyebelahi kami dan saya menyimpulkan bahawa ia dipengaruhi oleh beberapa faktor (1-mungkin ramai star yang tak turun, 2-undian kumpulan memihak kepada kami dan hanya bertembung dengan team yang agak kental pada separuh akhir).

5) Kredit kpd Husaini kerana bermain dengan cemerlang.

6) Apa yang saya dapat?? (1-medal, 2-jajan dan 3-injury pada buku lali (kurang stretching), masih terasa walaupun dah 2 hari berlalu..sakit)



Work Attitude

|

This should be a good motivation.

credit to: zoomsbooms@yahoo.com

An elderly carpenter was ready to retire. He told his employer-contractor of his plans to leave the house-building business and live a more leisurely life with his wife enjoying his extended family. He would miss the paycheck, but he needed to retire.

They could get by. The contractor was sorry to see his good worker go and asked if he could build just one more house as a personal favor. The carpenter said yes, but in time it was easy to see that his heart was not in his work.

He resorted to Shoddy workmanship and used inferior materials. It was an unfortunate way to end a dedicated career. When the carpenter finished his work the employer came to inspect the house. He handed the front-door key to the carpenter. "This is your house" he said, "my gift to you."

The carpenter was shocked! What a shame! If he had only known he was building his own house, he would have done it all so differently. So it is with us. We build our lives, a day at a time, often putting less than our best into the building. Then with a shock we realize we have to live in the house we have built. If we could do it over, we'd do it much differently. But we cannot go back.

You are the carpenter. Each day you hammer a nail, place a board, or erect a Wall. "Life is a do-it-yourself project" someone has said. Your attitudes and the choices you make today, build the "house" you live in tomorrow. Build wisely!



BSK-BSB: Labcoat dan Buku Rujukan Pelajar

|

Khusus kepada pelajar BSK dan BSB. Kepada mereka yang ingin mendapatkan labcoat, sila datang ke bilik saya A1 -01-08 (1007). Harap maaf, perkhidmatan penghantaran tidak disediakan. Harga seunit hanya RM40. Amali akan bermula pada minggu hadapan (untuk BSK la, BSB kena tanya kat pensyarah). Oh ya, jika ada lecturer2 yang belum ada labcoat dan nak beli pun boleh...pun boleh. Harga tetap sama. Harga kawan-kawan. Kalo sesapa nak beli nak buat koleksi pun boleh.


Hanya terdapat dalam saiz M, L dan XL. Saiz S dah habis.



Siap ada logo U dan nama fakulti.


Kepada pelajar saya dan Prof Liew untuk subjek BSK 2103, ini adalah buku rujukan yang akan kami gunakan untuk subjek tersebut. Jangan la fotokopi buku ni. Rugi duit je. At least beli sekali je dan buku siap dengan ilustrasi berwarna. Kalau fotokopi, semua hitam putih. Baik beli buku yang ori kan.

Harga seunit hanya RM75.00 (ni dah habis kurang saya dapat harga dari supplier)

Kembali Mencari Ilmu

|


Pada minggu hadapan akan bermula sesi baru persekolahan. Setengahnya dengan azam dan persediaan baharu. Mungkin setengahnya merasakan “aku rasa macam baru je bercuti, dah nak masuk kelas dah ke..mana cukup cuti ni..adoi”. Begitu juga dengan para mahasiswa..kembali ke kampus untuk meneruskan pengajian. Ah, pastinya perasaan kembali ke kampus juga masih seperti adik-adik di bangku sekolah. Cuti tak cukup. Harapnya tidak begitu.

Saya sendiri bermula sebagai orang yang menuntut ilmu dari bangku sekolah ke menara gading juga tidak terlepas dari berperasaan begitu (ikhlas tu). Kini, menjadi pula pendidik dan merasakan betapa tidak bagusnya berasa begitu. Jika dahulu semasa menuntut, selalu meletakkan kesalahan ketidakfahaman dan kelemahan mendapat ilmu pada pensyarah..”pensyarah tak pandai mengajar la”, “pensyarah syok sendiri” etc, sekarang, saya sendiri berpeluang untuk merasa pada diri sendiri pandangan dari para pelajar. Sungguh tidak menyenangkan kadangkalanya untuk saya yang masih belajar untuk mengajar.

 

©2009 -izan izwan bercereka- | Template Blue by TNB