Lindau Meeting - Perjumpaan Bersama Pemenang Nobel

|


1) Anugerah Nobel merupakan salah satu pengiktirafan tertinggi dunia bagi individu/kumpulan yang berjaya menemui sesuatu yang baharu dan bermakna kepada manusia sejagat.

2) Pada awalnya, anugerah ini diinspirasikan oleh Alfred Nobel, warga Sweeden yang mahir dalam bidang kimia, kejuruteraan juga perekacipa.


3) Beliau orang yang pertama menemui dynamite, atau bahan letupan dan menjadi kaya selepas itu. Beliau berwawasan jauh dan memandangkan tiada pewaris, kekayaan beliau diwasiatkan untuk tujuan pengembangan dan pengiktirafan kemajuan sains dan teknologi.

4) Anugerah yang dimulakan pada tahun 1901 sekarang ini merangkumi penerimaan anugerah dalam pelbagai bidang iaitu: kimia, fizik, perubatan, ekonomi, sastera dan keamanan.

5) Seingat saya, mantan perdana menteri Malaysia (Tun M) pernah dicalonkan untuk menerima Anugerah Nobel Keamanan (dan tidak berjaya: banyak faktor politik pada pandangan saya). Bagaimanapun, Obama menerimanya pada 2009-sungguh kontroversi.





6) Selain daripada itu, perjumpaan orang-orang hebat ini (Lindau Meeting) juga diadakan setiap tahun di Lindau, Jerman.

7) Malaysia, melalui Akademi Sains Malaysia juga akan menghantar wakilnya pada tahun ini.

8) Saya, juga memohon untuk menghadiri...tetapi, gagal.

9) Untuk menyedapkan hati, mungkin pemilihan dibuat cenderung kepada mereka yang berlatarbelakangkan bidang fizik (memandangkan tahun 2012 ia memfokus kepada bidang berkenaan).

10) Bagaimanapun, saya akan cuba lagi nasib untuk tahun depan.


0 comments:

Post a Comment

 

©2009 -izan izwan bercereka- | Template Blue by TNB