3) Sedikit panduan untuk menanam rumput jenis ini;
- Ratakan laman rumah dengan lapisan nipis pasir (saya dapatkan dari kedai hardware)
- Tanamkan rumput (saya memilih untuk buat design selang seli - rumput dibeli 2’x1’ dan dipotong menjadi 1’x1’)
- Siram rumput setiap hari selama 2 minggu dan lebihkan pada hari kering
- Baja setiap 2 minggu hingga akar mula tumbuh (saya gunakan baja tahi cacing)
- Nasihat – baik memulakan aktiviti menanam pada waktu yang banyak hujan
4) Kesilapan yang saya lakukan sebelum berjaya membuat rumput stabil dan menjalar ialah hanya meletakkan rumput pada permukaan pasir dan bukan menanam – rumput menjadi cepat kering.
5) Anggaran kos untuk menanam sendiri (berdasarkan harga di Kuantan dan keluasan lebih kurang 20’x17’)
· Pasir (2 scoop) – RM 90.00
· Rumput (2’x1’) – RM 2.50 (harga paling ekonomik selepas puas survey)
· Baja – RM 5.00 / paket
· Jumlah keseluruhan +- RM 400.00 dan kepuasan atas usaha bersama keluarga
6) Selamat berjaya.

