Rumput Karpet – Suatu Pengalaman

|


1) Terdapat pelbagai jenis rumput untuk tujuan dekorasi halaman. Ia termasuklah rumput mutiara, rumput Filifina, rumput Taiwan, rumput lembu dan rumput karpet.


2) Alhamdulillah, setelah kunci rumah diterima, saya dan keluarga segera berdiskusi tentang calon rumput yang paling wajar menghiasi ruang laman rumah. Akhirnya kami memilih rumput karpet.

3) Sedikit panduan untuk menanam rumput jenis ini;

  • Ratakan laman rumah dengan lapisan nipis pasir (saya dapatkan dari kedai hardware)
  • Tanamkan rumput (saya memilih untuk buat design selang seli - rumput dibeli 2’x1’ dan dipotong menjadi 1’x1’)
  • Siram rumput setiap hari selama 2 minggu dan lebihkan pada hari kering
  • Baja setiap 2 minggu hingga akar mula tumbuh (saya gunakan baja tahi cacing)
  • Nasihat – baik memulakan aktiviti menanam pada waktu yang banyak hujan

4) Kesilapan yang saya lakukan sebelum berjaya membuat rumput stabil dan menjalar ialah hanya meletakkan rumput pada permukaan pasir dan bukan menanam – rumput menjadi cepat kering.

5) Anggaran kos untuk menanam sendiri (berdasarkan harga di Kuantan dan keluasan lebih kurang 20’x17’)

· Pasir (2 scoop) – RM 90.00

· Rumput (2’x1’) – RM 2.50 (harga paling ekonomik selepas puas survey)

· Baja – RM 5.00 / paket

· Jumlah keseluruhan +- RM 400.00 dan kepuasan atas usaha bersama keluarga

6) Selamat berjaya.



Ratakan tanah dengan lapisan pasir


Rumput dah sedia untuk proses potong dan tanam


Hasil selepas seminggu


11 comments:

chuvest said...

"Kesilapan yang saya lakukan sebelum berjaya membuat rumput stabil dan menjalar ialah hanya meletakkan rumput pada permukaan pasir dan bukan menanam – rumput menjadi cepat kering."

boleh terangkan cara menanam rumput yang tuan maksudkan tu? tq

izan izwan said...

maksud saya ialah, pastikan tanah yang membaluti rumput tu berada di bawah permukaan pasir dan bukan hanya di permukaan atas pasir tersebut..

Anonymous said...

kat mn dpt harga 250?

izan izwan said...

saya beli di nursery di Kuantan. Berhampiran jalan masuk lapangan terbang.

Unknown said...

Apa name nursery tu ek? Ade no fon.. berminat gak ni. Rumput tu mmg kene tanam ngan pasir ke?

Amz CamPro said...

salam
macam mane keadaan rumput tu sekarang,ok tak?

Unknown said...

Sy dah mula tanam rumput filipina hr ni...harap cpt membiak

kamal said...

saya nak tanya, kalu rumput dh jadi kuning pastu saya siram dan letak.baja..bole kembali hijau rumput?

kamal said...
This comment has been removed by the author.
Jen said...

Hai... Nak tanya, rumput karpet sy jadi kuning2 coklat pastu lama2 daun mati sbb apa yer..semut?

zul said...

sebelum menanam rumput karpet, jenis lapisan yg mcm mana mesti disiapkan terlebih dahulu..pasir atau tanah baja?

Post a Comment

 

©2009 -izan izwan bercereka- | Template Blue by TNB