Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Work Attitude

|

This should be a good motivation.

credit to: zoomsbooms@yahoo.com

An elderly carpenter was ready to retire. He told his employer-contractor of his plans to leave the house-building business and live a more leisurely life with his wife enjoying his extended family. He would miss the paycheck, but he needed to retire.

They could get by. The contractor was sorry to see his good worker go and asked if he could build just one more house as a personal favor. The carpenter said yes, but in time it was easy to see that his heart was not in his work.

He resorted to Shoddy workmanship and used inferior materials. It was an unfortunate way to end a dedicated career. When the carpenter finished his work the employer came to inspect the house. He handed the front-door key to the carpenter. "This is your house" he said, "my gift to you."

The carpenter was shocked! What a shame! If he had only known he was building his own house, he would have done it all so differently. So it is with us. We build our lives, a day at a time, often putting less than our best into the building. Then with a shock we realize we have to live in the house we have built. If we could do it over, we'd do it much differently. But we cannot go back.

You are the carpenter. Each day you hammer a nail, place a board, or erect a Wall. "Life is a do-it-yourself project" someone has said. Your attitudes and the choices you make today, build the "house" you live in tomorrow. Build wisely!



Hidup Penuh Dengan Pilihan

|

Setiap hari kita akan berdepan dengan cubaan hidup. kadangkala sampai rasa tak larat. malas nak fikir etc etc...betul tak. Itulah hakikat kehidupan. Dari yang masih belajar apatah lagi yang dah bekerjaya, tentunya cubaan hidup akan berkadar terus dengan tugasan atau tanggungan...

Tapi, hidup juga penuh dengan pilihan.. terpulang pada kita untuk memilih pilihan tadi. positif kah ia atau negatif kah ia..semua terletak pada tangan (dan otak) anda.

Andai suatu hari kita menerima cubaan (cubaan yang tidak boleh ditolak)..pilihannya ada dua,

1)jalan negatif-anda menerima dengan fikiran negatif, asyik terkenang-kenang sepanjang masa, timbul stress yang berpanjangan, hilang mood dan jadi marah dengan cubaan itu.

2)jalan positif-menerima cubaan itu dan cuba berfikiran positif. jadikan cubaan itu sebagai cabaran...stress pasti akan datang, tetapi dengan fikiran yang positif, ia tidak akan menjadi seteruk jika berfikiran negatif..dan akhirnya menjadikan cabaran itu sebagai target untuk dilepasi..dan mudah-mudahan hidup menjadi gembira


Mungkin selepas ini bila kita kerja, mungkin kita brfikir, apa cabaran hari ini dan tidaklah apa masalah hari ini...Jadi...yang mana satu pilihan anda?.


Hilang Kawan atau Hilang Kepercayaan

|

Pernahkah perkara ini berlaku pada anda. Hilang kawan atau hilang kepercayaan.
Yang mana satu yang anda rasa lebih sakit melaluinya. Hmmm....

Pasti, kedua-duanya amat sakit kan. Tetapi, kesakitan dari hilangnya kepercayaan pasti lebih dahsyat rasanya. Tambahan pula jika ia berlaku serentak dengan kehilangan kawan tadi. 2 in 1.
Jika mencari kawan, dalam sehari boleh dicari seramai mungkin. Cumanya, fasa membina kawan kepada sahabat yang mengambil masa. Membina suatu kepercayaan bukanlah boleh dicapai dalam masa sehari dua..mungkin berbulan atau bertahun. Dan kehilangannya pasti sukar dibina semula.





General dan Askar

|

Sudah agak lama tidak posting. Awal tahun ini saya telah mempunyai 'subordinate'. Syukur...akhirnya setalah setahun lebih bekerja tanpa pembantu yang konsisten. Biasalah, adat bekerja dengan manusia, pasti ada masalah disana sini. Tambahan pula, bidang kerja pembangunan merupakan kerja yang perlukan masa dan pembinaan skill.

Saya terkesan dengan satu sesi perkongsian ilmu dengan Tengku Mahalel pada bulan lepas.

"kita tidak boleh menilai potensi seseorang itu pada tahun pertamanya. berikan sekurang-kurang 3 ke 5 tahun untuk itu".

Wow, 3 ke 5 tahun. Lama tu. Sudah pasti bagi bos-bos yang kurang sabar akan tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Ia kan, potensi diri perlu digilap. Bukan semua manusia 'out-perform'.



"there is no bad soldier, there were only have bad general"

Satu lagi pernyataan yang saya dapati dalam siri perkongsian ilmu dengan ahli akademik. Beliau tidak meletakkan kesalahan total kepada pekerja, tetapi lihatlah dulu siapa generalnya. Mungkin general tidak deliver dengan jelas arahan, mungkin general tidak ambil berat askar-askarnya sehingga askar berpaling tadah dan tiada mood untuk berjuang bersama general.

Hoho..jadi siapa askar dan siapa general. Anda dan saya pasti menjadi askar dan pasti menjadi general (jika tidak sekarang mungkin dimasa akan datang). Jadi, dimasa menjadi askar, belajarlah berjuang bersama general dan belajar juga menjadi general (bukan rampas kuasa menjadi general..hehe). Masa menjadi general pula, hargailah askar-askar anda kerana tanpa mereka, pasti perjuangan anda tidak kesampaian atau tidak mencapai objektif secara total.

Anda buat..anda dapat..

Penghargaan-Sebuah Renungan

|

Artikel ini bukanlah tulisan saya sendiri. Saya mendapatkan dari blog seorang teman.



Pengakuan oleh teman sendiri – penghargaan yang sebenarnya

[Sebuah renungan]

Adalah lebih sukar diakui oleh teman sendiri daripada diakui oleh orang lain (yang tidak begitu mengenal kita dari dekat). Penghargaan-penghargaan yang diraih akan kurang bermakna jika kita tidak dihargai oleh teman sendiri — yang tahu benar potensi dan kemampuan yang kita punyai. “Sebenar-benar penghargaan adalah jika kita diakui dan dihargai oleh teman sendiri”. Ini adalah motivasi dari sebuah pekerjaan dan karya. Tidaklah berarti sebuah penghargaan jika kita tidak dihargai oleh teman sendiri — yang penghargaan itu kadang kala diperolehi karena memperkuda orang lain yang mempunyai kemampuan yang lebih, dan kepandaian menonjolkan diri.



Pada saya, bekerja bukanlah untuk mengharap penghargaan (saya rasa ini yang penulis blog ini juga maksudkan). Tetapi, hakikatnya sememangnya sukar kerja-kerja yang kita lakukan untuk dihargai.. mungkin hanya dilihat sebagai kerja picisan.

Apa-apapun, bak kata Ustazah Bahiyah.."anda buat, anda dapat".

Kembali Mencari Ilmu

|


Pada minggu hadapan akan bermula sesi baru persekolahan. Setengahnya dengan azam dan persediaan baharu. Mungkin setengahnya merasakan “aku rasa macam baru je bercuti, dah nak masuk kelas dah ke..mana cukup cuti ni..adoi”. Begitu juga dengan para mahasiswa..kembali ke kampus untuk meneruskan pengajian. Ah, pastinya perasaan kembali ke kampus juga masih seperti adik-adik di bangku sekolah. Cuti tak cukup. Harapnya tidak begitu.

Saya sendiri bermula sebagai orang yang menuntut ilmu dari bangku sekolah ke menara gading juga tidak terlepas dari berperasaan begitu (ikhlas tu). Kini, menjadi pula pendidik dan merasakan betapa tidak bagusnya berasa begitu. Jika dahulu semasa menuntut, selalu meletakkan kesalahan ketidakfahaman dan kelemahan mendapat ilmu pada pensyarah..”pensyarah tak pandai mengajar la”, “pensyarah syok sendiri” etc, sekarang, saya sendiri berpeluang untuk merasa pada diri sendiri pandangan dari para pelajar. Sungguh tidak menyenangkan kadangkalanya untuk saya yang masih belajar untuk mengajar.

 

©2009 -izan izwan bercereka- | Template Blue by TNB