
Saya sendiri bermula sebagai orang yang menuntut ilmu dari bangku sekolah ke menara gading juga tidak terlepas dari berperasaan begitu (ikhlas tu). Kini, menjadi pula pendidik dan merasakan betapa tidak bagusnya berasa begitu. Jika dahulu semasa menuntut, selalu meletakkan kesalahan ketidakfahaman dan kelemahan mendapat ilmu pada pensyarah..”pensyarah tak pandai mengajar la”, “pensyarah syok sendiri” etc, sekarang, saya sendiri berpeluang untuk merasa pada diri sendiri pandangan dari para pelajar. Sungguh tidak menyenangkan kadangkalanya untuk saya yang masih belajar untuk mengajar.
Baru-baru ini saya berpeluang untuk mengikuti kursus bersama Excell Training (syarikat Haji Fadhilah Kamsah). Kursus yang saya beri rating ‘wow’ untuk diikuti. Beruntunglah saya kerana perbelanjaan ditanggung oleh universiti di tempat yang juga sangat menarik. Banyak perkongsian yang bernilai sepanjang kursus tersebut. Antaranya, kisah yang diceritakan oleh sahabat DMFK (Hj Hanim) yang beliau mempunyai sahabat yang mencatatkan pada paspotnya yang kerjaya beliau sebagai pelajar. Ok lagi masa dia cerita tu, at the end, umur sahabat Hj Hanim tu dah berumur dalam 80 tahun (jika saya tidak tersilap). Baru saya berminat mendengar lanjut cerita beliau. Apa yang beliau cuba sampaikan, kita dengan bangganya menyatakan kerjaya kita sebagai engineer, doktor, cikgu, pengarah itu ini dsb hingga terkadang merasakan diri sendiri telah begitu hebat. Telah sempurna segala ilmu.
Ya..akhirnya perjalanan mencari ilmu semakin terabai. Habis universiti, habislah menuntut ilmu (perihal ilmu dunia). Dan saya pernah merasakan begitu pada detik terdahulu. Menjadi pendidik bukan bermaksud telah cukup pandai. Anak murid datang menuntut, pendidik juga belajar semula dan menambah baik ilmu.
“Menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”
Pelajar datang dan pergi. Pelbagai kerenah dan keperluan. Ala, sama macam kita dulu-dulu pun. Semester lepas merupakan kali pertama saya mendapat memo seperti di bawah ni setalah baru tiga semester mengajar. Hehe..macam biasa buat kan. Mungkin ini part bertawakal kepada pensyarah. Langkah akhir yang mungkin perlu dipraktik untuk jack lebih. Hahahaha. Skrip ni kira ok la kan. Setelah berusaha yang terbaik dan memohon pertimbangan untuk A. Kalau yang hantar dengan tak jawap soalan, perangai pun serabut je dalam kelas (macam la dulu tak serabut), pastu tulis la memo yang lebih kurang sama. Abis selekeh pun nak mintak lulus.
Sedih kadang-kadang masa saya menjaga final exam, biasanya saya memang sengaja masuk ke toilet, pasti ada toyol dengan teknik penyembunyian yang sempurna. Makin sukar dikesan. Hehehehe. Taktik yang lama digunakan sejak berzaman (tapi sekali pun saya tak pernah buat tau). Woho..
“what you earn is what will you get”
Kalo stadi seperti nak dapat A, anda akan berusaha ke arah itu. Sebaliknya jika stadi hanya nak lulus, anda hanya akan berusaha hanya ‘cukup-cukup makan’. Tidak kisah la dalam apa bende pun yang kita buat. Buat yang terbaik, hasil pun akan dapat yang baik. Jika hasil tak berapa baik, mungkin di lain kali kita akan mendapatkannya semula. Selamat mencari ilmu semula.
0 comments:
Post a Comment