Showing posts with label Famili. Show all posts
Showing posts with label Famili. Show all posts

Konvokesyen Siti Sarah

|



Dua minggu lalu, anak sulung saya yang baru berusia 4 tahun merapati seraya berkata,

Anak: Ayah, kakak nak konvo minggu depan.
Saya: Iye. Baguslah, lepas tu boleh start kerja.
Anak: (senyum)..

Sedar tidak sedar sudah setahun Siti Sarah saya hantar ke tadika. Lantas ia membuat saya menerawang merentas waktu silam. Zaman muda di bangku pengajian. Konvokesyen merupakan sesuatu yang indah. Pengiktirafan setelah bertungkus lumus manadah ilmu beberapa ketika untuk selembar sijil. Sijil yang di jaja ke sana sini untuk posisi kerjaya.

Anak saya cukup gembira menanti hari konvokesyennya (yang sebenarnya Hari Kecemerlangan & Penghargaan). Setiap hari dia akan bercerita membayangkan hari bahagia itu. Tanpa jemu dan penuh yakin. Tanggal 31 Oktober 2010, maka hari kejadian pun berlaku.



Persembahan Dikir Barat


Persembahan Nasyid



Menerima sijil 'konvo' dari Pengasas Tadika, En Fadhlur Rahman


Secara keseluruhan, saya dan isteri amat berpuas hati menghantar anak saya ke Tadika ini. Tiada masalah berbanding tadika lain yang sering saya dengar rungutannya dari rakan sepejabat lain.

Keesokkan harinya seperti biasa kami menghantar Sarah ke tadika. Sewaktu menjemput pulang selepas tamat kelas,

Cikgu: Minggu depan ada test.
Ibu Sarah: Iye ke.
Saya: Hai, dah 'konvo' masih ada test? (dalam hati)


Anakku Ke Tadika

|

Pada minggu ini, anak saya (Sarah) memulakan sesi tadikanya. Sedar tak sedar sudah 4 tahun usia dia. Seawal usia 3 tahun lagi Sarah sudah meminta untuk dihantar ke sekolah. Cepat sungguh perkembangan anak-anak zaman sekarang. Mungkin sudah biasa ditinggalkan bersama pengasuh sedari kecil, sikap soladariti dia sangat tinggi. Dan mungkin setiap hari melihat ibu dan ayahnya bersiap hendak bekerja dan sikap mandiri dia hinggakan jika saya membawa tugasan pulang ke rumah pada malam hari, Sarah pun turut sibuk hendak menulis dan main laptop dia.

Gaya ke Tadika

Natijah daripada itu, pada awal 3 tahun lagi Sarah telah dapat mengenal A-Z, 1-10 , tanpa perlu saya bersusah payah mengajarnya. Hehehehe…itu kerja isteriku, termasuklah mengajar iqra’(bukan saya lepas tangan sepenuhnya, tapi Sarah lebih aktif belajar dengan ibu dia). Sewaktu pertama kali isteriku mengajukan pandangan untuk menghantar Sarah ke tadika, saya mengambil pendirian berkecuali. Tidak menyokong dan tidak pula menggalakkan. Saya agak kasihan pada Sarah kerana pada usia tersebut sudah di hantar untuk belajar hingga timbul rasa bimbang yang Sarah akan mudah jemu (dan itu memang sikap dia) dan malas bersekolah kelak bila hendak masuk ke darjah 1. Iya la, saya membandingkan pengalaman diri sendiri dan tidak mengambil kira faktor semasa. Jika pada usia saya sebegitu dulu, saya masih tidak kenal pun apa itu ABC. Saya hanya tahu bermain, berjalan-jalan. Zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling seronok. Main konda-kondi, rondes, baling selipar, galah panjang, sorok-sorok, main bola, mandi parit dan macam-macam lagi. Saya kasihan melihat Sarah kerana tidak berpeluang melalui pengalaman itu.

“didiklah anakmu mengikut zamannya”

Setelah berfikir agak panjang, akhirnya saya bersetuju menghantar Sarah ke tadika. Saya dan isteri mula mencari tadika-tadika berhampiran rumah. Isteri saya yang banyak memainkan peranan menjadi perisik untuk meneliti kurikulum yang di sampaikan di tadika-tadika tersebut. Ahirnya kami memilih satu tadika yang menggunakan konsep ‘montessori’. Mengikut silibus yang diberi, ia mengamalkan pengajaran secara ‘bermain’. Mengajar melalui permainan. Ok lah tu, Sarah tak berpeluang melalui zaman bermain seperti saya, dia boleh bermian-main di tadika.

Adakah akan jadi saintis satu hari nanti?


Saya kemudian melihat perkembangan kanak-kanak zaman ini terlalu laju. Anak-anak makin pandai dan cemerlang. Jika tidak diasuh dan disalurkan kemahuan pada platform yang betul, mereka akan memberontak. Mungkin selaras kemahuan mencapai Malaysia Maju 2020, anak-anak juga harus disiapkan dengan pelbagai kemahiran. Yang lemah akan tertinggal. Masa hadapan memerlukan mereka yang ‘high archives’.

Sarah nak beg sekolah pulak..siap mintak yang ada roda. Dah pandai demand pada usia ni. Bahaya ni. Dan akhirnya setelah rundingan demi rundingan dilakukan, dia besetuju beli beg biasa je(yang jauh lebih murah sebenarnya). Ok la ni untuk dia. Saya rasa ni beg sekolah dia yang ketiga. Dua lagi dah tak boleh pakai (walaupun sblm ni tak ke sekolah lagi).

Addicted to Mickey Mouse and Pink.

Selamat ke tadika Siti Sarah.

 

©2009 -izan izwan bercereka- | Template Blue by TNB