Kejohanan Badminton UMP 2010

|



Bersama Teammate


1 ) Saya menyertai kejohanan badminton antara jabatan di UMP pada 30 Oktober 2010 berpasangan bersama Muhammad Husaini Sulaiman mewakili Fakulti Sains & Teknologi Industri (FIST).

2) Kami terkandas di peringkat separuh akhir lantas menduduki tangga ketiga (berkongsi dengan satu lagi team yang juga tewas di separuh akhir).

3) Daripada 25 team yang menyertai, kami tidak menduga akan sampai ke tahap ini dan hanya menjangkakan akan berpuas hati melepasi peringkat pertama (lama dah tak main dan 1st time kami satu team).

4) Beberapa faktor menyebelahi kami dan saya menyimpulkan bahawa ia dipengaruhi oleh beberapa faktor (1-mungkin ramai star yang tak turun, 2-undian kumpulan memihak kepada kami dan hanya bertembung dengan team yang agak kental pada separuh akhir).

5) Kredit kpd Husaini kerana bermain dengan cemerlang.

6) Apa yang saya dapat?? (1-medal, 2-jajan dan 3-injury pada buku lali (kurang stretching), masih terasa walaupun dah 2 hari berlalu..sakit)



1 Comentário:

ctlindar said...

sakit pon xpe,atleast puas ati kan..heheh..anyway, tahniah:)

Post a Comment

 

©2009 -izan izwan bercereka- | Template Blue by TNB