Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Sang Pemimpi

|


“…berhenti becita-cita adalah tragedi terbesar dalam hidup manusia”.

Saya baharu sahaja usai membaca novel ‘sang pemimpi’ karangan andrea hirata. Bagi mereka yang pernah menonton filem ‘laskar pelangi’ pasti tertanya-tanya sambungan episod sedih kehidupan mereka. Novel ini merupakan sekual dari filem tersebut.

Ceritanya dan plot novel adalah simple. Seputar kisah benar kehidupan penulis. Tetapi olahan dan pengkosmetikan ayat-ayat pasti membuat pembaca terbuai dan turut menyelami kehidupan sukar penulis. Arai yang penuh kejutan, Ikal yang hampir berhenti bermimpi dan Jimbron yang hidup di dunia kudanya.

Penulis banyak memuatkan buku ini dengan kata-kata pembakar semangat. Ianya lebih asyik berbanding membaca cerita-cerita novel percintaan (sekadar menduga. sememangnya saya bukan penggemar genre cerita tersebut).

Akhirnya, anda akan terkesan dengan kisah pengorbanan dan jerih payah tiga sahabat dari pulau kecil, Belitong dan ingin sekali tidak berhenti dari terus bercita-cita (ianya percuma dan tiada kuota. hanya, jangan sekadar ia menjadi angan-angan).

The Secret

|

Sekali baca title buku ni, macam ada suatu rahsia yang menarik. Pada pandangan fizikal buku ini, ia sebuah buku yang disampaikan dengan presentasi yang menarik, warna dan tulisan yang senang dilihat mata (tapi saya mengambil masa yang lama juga untuk habiskan)


Buku ini menceritakan beberapa jenis rahsia yang pada asasnya berkisar pada perkara yang sama dan kita sendiri telah sedia maklum. Cuma kadang-kadang terlupa. Buku ini memaparkan bagaimana seseorang itu hendak berjaya dalam kewangan, perhubungan, kesihatan, kehidupan, diri sendiri, proses yang terlibat dalam menuju kejayaan dan banyak lagi perkongsian ilmu.

Cuma ekstrak yang pada saya begitu 'vital' tergantung kepada tiga perkara utama, iaitu:

1) Ask (minta)
2) Believe (yakin)
3) Receive (terima)

Bagaimana ya?..takkan dengan hanya tiga perkara ini kita boleh berjaya.

'Qo la robbukum, ud'uuni istajib lakum'
-Al Mu'min: 60-
'berdoalah kepadaKu, nescaya Aku akan perkenankan'.

Saya pun kadang terlupa. Jadi, bagaimana mengaplikasikan perkara yang telah kita tahu ini?

1) Ask-didalam buku 'The Secret' ni, penulis menyatakan bahawa pabila kita meminta, apa yang kita minta tu akan tersebar ke alam semesta, alam semesta akan menyahut permohonan kita dan seterusnya melaksanakan. Ia menggunakan pendekatan 'Jin Aladdin'. Your wish is my command. Begitu klasik tapi boleh digunapakai.

2) Believe-anda harus percaya anda akan dapat apa yang anda minta. Kekuatan keyakinan kita juga memainkan peranan kerana banyak faktor yang mendorong kepada tidak tercapainya apa yang kita hajati itu.

3) Receive-akhirnya anda akan dapat apa yang anda minta tu.

Berpandukan surah Al Mukmin diatas, sejak sekian lama lagi kita telah diberitahu akan perkara ini. Mintalah apa saja dari Dia. Jika anda tidak yakin, bagaimana anda akan menerima apa yang anda minta.

“Aku menurut dugaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. (Hadits ditakhrij oleh Turmidzi).

Akan tetapi, kadang-kadang kita tak dapat pun apa yang kita hajati. Ia kan. Yakin lah, pasti ada baik dan buruk yang kita tak tahu disebalik permohonan kita tadi. Atau mungkin ada yang lebih baik dikemudian hari.

Applikasi. Anda pernah tak sebelum memandu ke mana-mana pasaraya dan memikirkan tempat letak kereta yang anda idamkan untuk meletak kereta. Jika tidak, cuba la buat.
Sebelum bertolak ke pasaraya, minta untuk parking kereta di tempat yang anda nak. percaya yang anda akan dapat parking tu. Insyaallah anda akan dapat parking tu. Saya sendiri pernah mencuba beberapa kali, dan hasilnya beberapa kali juga mendapat tempat seperti yang saya bayangkan.

Mungkin kita boleh mencuba bayangkan bos belanja pula..mana la tau mood dia tengah baik..hehehe

 

©2009 -izan izwan bercereka- | Template Blue by TNB