Hidup Penuh Dengan Pilihan

|

Setiap hari kita akan berdepan dengan cubaan hidup. kadangkala sampai rasa tak larat. malas nak fikir etc etc...betul tak. Itulah hakikat kehidupan. Dari yang masih belajar apatah lagi yang dah bekerjaya, tentunya cubaan hidup akan berkadar terus dengan tugasan atau tanggungan...

Tapi, hidup juga penuh dengan pilihan.. terpulang pada kita untuk memilih pilihan tadi. positif kah ia atau negatif kah ia..semua terletak pada tangan (dan otak) anda.

Andai suatu hari kita menerima cubaan (cubaan yang tidak boleh ditolak)..pilihannya ada dua,

1)jalan negatif-anda menerima dengan fikiran negatif, asyik terkenang-kenang sepanjang masa, timbul stress yang berpanjangan, hilang mood dan jadi marah dengan cubaan itu.

2)jalan positif-menerima cubaan itu dan cuba berfikiran positif. jadikan cubaan itu sebagai cabaran...stress pasti akan datang, tetapi dengan fikiran yang positif, ia tidak akan menjadi seteruk jika berfikiran negatif..dan akhirnya menjadikan cabaran itu sebagai target untuk dilepasi..dan mudah-mudahan hidup menjadi gembira


Mungkin selepas ini bila kita kerja, mungkin kita brfikir, apa cabaran hari ini dan tidaklah apa masalah hari ini...Jadi...yang mana satu pilihan anda?.


0 comments:

Post a Comment

 

©2009 -izan izwan bercereka- | Template Blue by TNB