General dan Askar

|

Sudah agak lama tidak posting. Awal tahun ini saya telah mempunyai 'subordinate'. Syukur...akhirnya setalah setahun lebih bekerja tanpa pembantu yang konsisten. Biasalah, adat bekerja dengan manusia, pasti ada masalah disana sini. Tambahan pula, bidang kerja pembangunan merupakan kerja yang perlukan masa dan pembinaan skill.

Saya terkesan dengan satu sesi perkongsian ilmu dengan Tengku Mahalel pada bulan lepas.

"kita tidak boleh menilai potensi seseorang itu pada tahun pertamanya. berikan sekurang-kurang 3 ke 5 tahun untuk itu".

Wow, 3 ke 5 tahun. Lama tu. Sudah pasti bagi bos-bos yang kurang sabar akan tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Ia kan, potensi diri perlu digilap. Bukan semua manusia 'out-perform'.



"there is no bad soldier, there were only have bad general"

Satu lagi pernyataan yang saya dapati dalam siri perkongsian ilmu dengan ahli akademik. Beliau tidak meletakkan kesalahan total kepada pekerja, tetapi lihatlah dulu siapa generalnya. Mungkin general tidak deliver dengan jelas arahan, mungkin general tidak ambil berat askar-askarnya sehingga askar berpaling tadah dan tiada mood untuk berjuang bersama general.

Hoho..jadi siapa askar dan siapa general. Anda dan saya pasti menjadi askar dan pasti menjadi general (jika tidak sekarang mungkin dimasa akan datang). Jadi, dimasa menjadi askar, belajarlah berjuang bersama general dan belajar juga menjadi general (bukan rampas kuasa menjadi general..hehe). Masa menjadi general pula, hargailah askar-askar anda kerana tanpa mereka, pasti perjuangan anda tidak kesampaian atau tidak mencapai objektif secara total.

Anda buat..anda dapat..

0 comments:

Post a Comment

 

©2009 -izan izwan bercereka- | Template Blue by TNB